BIL
|
ISI KANDUNGAN
|
HALAMAN
|
|
1.
|
PENGENALAN
|
1
|
|
2.
|
PENGERTIAN
QAUL SAHABI
|
2
|
|
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
|
DARI
SEGI BAHASA
DARI
SEGI ISTILAH
DARI
SEGI PANDANGAN ULAMA USUL FIQH DARI PANDANGAN ULAMA YANG BERBEZA
PERBEZAAN
PENGERTIAN SAHABAT MENURUT PARA
MUHADDITSIN
DAN USHULIYYIN
|
2
2
2
3
|
|
3.
|
DALIL
PENSYARIATAN
|
3
|
|
4.
|
KEHUJAHAN/AUTORITI
|
4
|
|
4.1
4.2
4.3
|
PERSEPAKATAN
PENDAPAT
PERSELISIHAN
PENDAPAT
AUTORITI
ULAMA’ YANG MENERIMA
|
5
7
8
|
|
5.
|
ISU-ISU SEMASA/PERMASALAHAN
|
9
|
|
|
5.1
5.2
|
PERSOALAN
MENGENAI KEPERLUAN MUJTAHID MERUJUK
QAUL SAHABI
MASALAH
PEWARISAN HARTA KEPADA ISTERI YANG DICERAIKAN KETIKA SUAMI SAKIT TENAT
|
9
10
|
5.3
|
HUKUM
SOLAT SUJUD TILAWAH ADAKAH WAJIB ATAU SUNNAH
|
11
|
|
5.4
|
HUKUM
SOLAT HARI AIDIL FITRI DAN AIDIL ADHA YANG JATUH PADA HARI JUMAAT
|
11
|
|
5.5
|
CONTOH-CONTOH FATWA SAHABAT (QAUL SAHABI)
|
12
|
|
6.
|
KESIMPULAN
|
14
|
|
|
RUJUKAN
|
15
|
1. PENGENALAN
Ilmu usul fiqh adalah ilmu yang
menghuraikan tentang kaedah-kaedah yang digunakan oleh para mujtahid dalam menetapkan hukum syarak. Usul
fiqh adalah satu-satunya manhaj ilmiah Islam dalam mengistinbat hukum syara’.Ia
merupakan peraturan dalam memahami nas-nas al-Quran dan al-Sunnah ketika
merumus hukum hakam, tetapi pentafsiran yang dilakukan adalah hanya berkaitan
dengan hukum syarak sahaja. Ketika Rasulullah masih hidup, para sahabat merujuk
terus kepada Rasulullah SAW. Namun begitu, jika para sahabat tidak dapat
merujuk kepada Rasulullah SAW, para sahabat akan menggunakan tiga sumber
penting dalam mengistinbatkan hukum, iaitu al-Quran, al-Sunnah, dan ijtihad
(Abd
al-Wahhab Khallaf, 1999:32).
Al-Quran
dan Al-Sunnah merupakan sumber hukum syariah,dikenali juga sebagai dalil.Selain
Al-Quran dan Al-Sunnah dalil-dalil seperti ijma’, qiyas, istihsan,
saddu zara’i dan seterusnya. Masalah-masalah baru sering diperdebatkan
dalam menetapkan sesuatu hukum, terutama dalam perkara yang tidak dinyatakan
dalam al-Quran contohnya hukum minum arak dinyatakan dalam al-Quran adalah
haram tetapi hukum berkaitan dadah tidak dinyatakan.Para ulama’ kebanyakannya
merujuk kepada fatwa sahabat dalam mengistinbatkan sesuatu hukum.Bukti paling jelas para sahabat
menggunakan tiga sumber tersebut dapat dilihat dalam riwayat dari Muadz.
Rasuluallah SAW bersabda ketika
mengutus Muadz ke Yaman:“Bagaimana kau memutuskan jika dihadapkan perkara kepadamu?,
Muadz menjawab: “Saya putuskan dengan kitab Allah. Rasulullah bertanya kembali:
“Jika tidak kau temukan dalam kitab Allah.” Muadz menjawab: “Saya putuskan
dengan sunnah Rasulullah SAW. Rasulullah bertanya: Jika tidak kau temukan dalam
sunnah Rasulullah Muadz menjawab: “Saya berijtihad dengan ra’yu saya dan tidak
melampaui batas.” Muadz lalu berkata: “Rasulullah memukulkan tangannya ke dada
saya dan bersabda: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan petunjuk
utusan Rasulullah terhadap apa yang diredhai Rasulullah.”
2. PENGERTIAN QAUL AL SAHABI
Qaul al-Sahabi bermaksud perkataan sahabat
Rasulullah s.a.w. dan kadang-kala ia disebut sebagai ‘Fatwa Sahabat’ atau
sebagai mazhab al-sahabi, menjadi hujah atau tidak dalam menyelesaikan
masalah-masalah melalui ijtihad yang tidak terdapat dalam al-Quran,
al-Sunnah atau ijma’ (Quthb Musthafa Sanu,2002:1).
2.1 Dari
segi bahasa
Dari segi
bahasa, sahabat atau nama dalam bahasa Arab As-shahabi adalah mufrad
dari shahabat, yang diambil dari kata-kata shahiba-yashahabu-shuhbatan
dan shahabatan yang bermakna bergaul dengan seseorang
(Muhammad bin Arifin, Muhammad Zaini bin Yahya,et.al,2010:74).
2.2 Dari segi istilah
Dari segi istilah, Qaul As-sahabi diertikan
sebagai kata-kata atau perbuatan orang yang pernah bertemu dengan Rasulullah
s.a.w. (sahabat nabi) dalam keadaan beriman serta berdampingan dengannya untuk
jangka masa yang lama (Muhammad bin Arifin, Muhammad Zaini bin
Yahya,et.al,2010:74).
2.3 Dari
segi pandangan ulama Usul Fiqh’
Menurut
ulama’ usul fiqh sahabat ialah mereka yang bertemu dengan nabi Muhammad s.a.w.
dan beriman dengannya, bersahabat dengannya dalam tempoh masa yang agak panjang
dan mengambil ilmu darinya sehingga wajar dikatakan ia sebagai sahabat atau
teman rapat dari segi urufnya seperti Khulafa’al-Rasyidin, Ibnu Abbas,Saidatina
Aisyah dan lain-lain (Saharia Hj. Ismail,2014:85).
2.4 Dari
sudut pandangan ulama’ yang berbeza
Para
ulama’ memiliki sudut pandangan yang berbeza dalam memberi pandangan.Menurut
para ulama’ muhadditsin as-shahabi ialah orang yang bertemu dengan Nabi
s.a.w., beriman kepadanya dan mati dalam keadaan Islam, (Siti Zalikhah Haji Md
Nor, 2004,:36).
2.5
Perbezaan Pengertian Sahabat Menurut Para Muhadditsin dan Ushuliyyin
Menurut para Ushuliyyin pula,
sahabat adalah setiap orang yang beriman kepada Nabi s.a.w., bergaul dengannya
dalam waktu yang lama dan mati dalam keadaan Islam. Menurut Al-Baqilani dan
beberapa ulama lainnya, seperti Ibnu Faruk dan Ibnu Sam’an bahwa sahabat adalah
orang yang lama pergaulannya dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan banyak berguru
dengan baginda Rasulullah dengan cara mengikutinya dan mengambil pengajarannya.
Para muhadditsin tidak mensyaratkan keperluan untuk bertemu dengan Nabi
s.aw., cukuplah hanya sekali berjumpa dengan Nabi s.a.w., kerana para ulama muhadditsin
memandang para sahabat sebagai periwayat bagi hadis-hadis Nabi Muhammad s.aw.
Para ulama Ushuliyyin pula
mensyaratkan tempoh masa pergaulan antara para sahabat dengan Nabi s.a.w.
Mereka beranggapan bahawa para sahabat adalah generasi yang akan menyampaikan
hukum-hukum dalam Islam. Hal ini menuntut adanya pergaulan yang lama dengan
Nabi s.aw.sehingga dapat menghasilkan ilmu dan pemahaman yang mendalam (M.
Sulaiman Abdullah al-Asqar, et.al, 2001:131). Fatwa mengenai
hukum dan ibadah tidak diriwayatkan kecuali
jika ia lebih dari seratus orang sahabat, baik dari kalangan lelaki
mahupun dari kalangan wanita. Hal ini berdasarkan penelitian yang dibuat dalam
mengeluarkan fatwa seramaai tujuh orang iaitu Umar bin Al-Khattab,Ali bin Abi
Thalib, Abdullah bin Ummar dan Aisyah Ummul Mukminin. (Ali Jum’ah, 2004:35).
3. DALIL PENSYARIATAN
Dalam al-Quran Allah telah berfirman
dalam surah al-Hashr iaitu:
وَأَيۡدِي
ٱلۡمُؤۡمِنِينَ فَٱعۡتَبِرُواْ يَٰٓأُوْلِي ٱلۡأَبۡصَٰرِ
٢
Maksudnya:“Dan
ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran
serta celik mata hatinya.”
(surah Al-Hashr,59:2)
Allah memerintahkan hamba-hambanya
untuk mengambil pengajaran dan ia merupakan satu bentuk ijtihad. Ijtihad
sangat berbeza dari taqlid, kerana hujah ijtihad dalam usaha
untuk menyelesaikan masalah manakala taqlid mengambil pendapat yang lain tanpa
sebarang hujah. Maka, qaul sahabi
termasuklah dalam kategori taqlid. Firman Allah s.w.t.:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ
أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ
فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ
وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩
Maksudnya:“Kemudian
jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah
kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya
jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah
lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.”
(surah annisa,4:59)
Apabila sahabat memberi fatwa kepada
sebarang masalah yang berlaku maka ia dikatakan sahabat tersebut mengeluarkan
sesuatu hukum melalui ijtihad. Fatwa yang dikeluarkan oleh sahabat berkemungkinan mempunyai kesilapan kerana
sahabat tidak bersifat maksum dan tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Para
sahabat, akan mengistinbatkan hukum berpandukan al-Quran dan sunnah sahaja
kerana kebanyakan para sahabat merupakan periwayat hadis seperti Ali bin Abi
Thalib, Umar Al-Khattab, Abdullah Ibnu Mas’ud, Abdullah Ibn Abbas, dan Abdullah
bin Umar. Jika terdapat isu yang baru terjadi dan tidak terdapat dalam al-Quran
dan al-Sunnah, para sahabat akan berijtihad berdasarkan panduan dalam nas-nas yang ada, tetapi jika terdapat
percanggahan pendapat, atau tiada ketetapan hukum tentang sesuatu perkara, maka
mereka akan berijtihad dengan menggunakan ijma’ (Ali
Jum’ah 2004:118).
4. KEHUJAHAN/AUTORITI
Wujud dua pandangan yang berbeza
mengenai Qaul al-sahabi. Pandangan tersebut menjadi perselisihan dalam
kalangan ulama’, sama ada untuk menerima
sebagai hujah atau sebaliknya. Fatwa sahabat yang tidak ada perselisihan dalam
kalangan ulama’ tetapi ulama’ telah berselisih pendapat tentang pengertian al-Sahabi
iaitu:
Pendapat
pertama: al-Sahabi
ialah orang yang berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. serta beriman dan mati
dalam Islam. Pendapat ini dikemukakan oleh ahli hadis, antaranya Ibn Hajar
al-Asqalani dalam bukunya yang berjudul al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah dan
beberapa pendapat dari ahli usul.
Pendapat
kedua: al-Sahabi
ialah orang yang mempunyai hubungan persahabatan yang lama dengan Nabi Muhammad
s.a.w. serta mengikut baginda dalam jangka masa yang boleh dikatakan Sahib
fulan iaitu sahabat pada ‘urf tanpa mengehadkan masa mengikut
pendapat yang lebih sah. Pendapat ini dikemukakan oleh jumhur al-usuliyyin.
Terdapat juga pendapat yang mengehadkan masa sekurang-kurangnya enam bulan.
Mengikut
Said Ibn al-Mussayyab, bahawa seseorang itu tidak dianggap sebagai sahabat
Rasulullah s.a.w. kecuali orang-orang tersebut telah tinggal bersama Rasulullah
selama setahun atau dua tahun atau berperang bersama-sama baginda s.a.w. dalam
satu atau dua peperangan.
4.1
Persepakatan Pendapat Para Ulama’
i.
Fatwa
sahabat yang disandarkan kepada beberapa perkara yang berlaku pada masa hayat
Rasulullah dan menjadi hujah tanpa sebarang perselisihan dikalangan
ulama’.Alasannya ialah ia diiktibar sebagai satu sunnah yang diriwayatkan oleh
sahabat daripada Rasulullah s.a.w. dan dinamakan sebagai Sunnah Taqririyah.
ii.
Ulama’ bersepakat perkara yang berkaitan
dengan para sahabat tidak dapat dianggap melalui akal pemikiran serta tidak ada
ruang ijtihad juga adalah dikira sebagai hujah kepada umat Islam. Hujah
dan alasannya adalah para Sahabat pastinya menerima perkara itu daripada
Rasulullah s.a.w. dan ia tidak berdasarkan
kepada pemikiran dan nafsu mereka. Misalnya, pandangan daripada para
ulama’ mazhab Hanafi meriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud yang menyatakan mengenai
tempoh seorang wanita dalam keadaan haid yang paling singkat adalah selama tiga
hari ( Abd
Latif Muda dan Rosmawati Ali, 2001:140)
iii.
Fatwa
sahabat tidak ada sebarang percanggahan serta tidak diketahui ada perselisihan
daripada sahabat lain dan ianya juga tidak disebar luas.Alasannya ialah dengan
tidak adanya percanggahan dalam kalangan sahabat menunjukkan ianya kukuh serta
dikira sebagai ijma’ para sahabat (Ustazah Saharia,2014: 86).
Selain itu, beramal dengan
pandangan seorang sahabat walaupun ia bukan hasil ijtihad namun dianggap
sebagai hujah kerana zahirnya ia adalah nukilan daripada Rasulullah s.a.w.
Antara ulama’ yang berpendapat menyatakan bahawa ia sebagai hujah adalah Imam
Malik,Abu Bakar Muhammad ibn al-Razi, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad. Hujah
pertama yang mengukuhkan pandangan mereka ialah dalam surah Al-Taubah (Abd
Latif Muda dan Rosmawati Ali, 2001:140)
Firman Allah s.w.t:
وَٱلسَّٰبِقُونَ
ٱلۡأَوَّلُونَ مِنَ ٱلۡمُهَٰجِرِينَ وَٱلۡأَنصَارِ وَٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحۡسَٰنٖ
رَّضِيَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ وَأَعَدَّ لَهُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي تَحۡتَهَا
ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدٗاۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ
١٠٠
Maksudnya:“Dan
orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari
orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang
menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan
mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka
Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di
dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
(surah At-Taubah
9:100)
Fuqaha
juga bersepakat tentang hujah mengenai sahabat r.a. dalam perkara yang tidak
dapat difahami melalui fikiran dan ijtihad. Allah memuji al-Sahabi
dan orang-orang yang mengikuti mereka sebagai ihsan. Asas kepada pujian ini
ialah apabila pandangan atau ijtihad Sahabat dijadikan sebagai rujukan
(Zalikhah Haji Md.Nor, et. al.,2004:39). Allah s.w.t berfirman dalam surah Ali
Imran:
كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ
أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ
بِٱللَّهِۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡكِتَٰبِ لَكَانَ خَيۡرٗا لَّهُمۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ
وَأَكۡثَرُهُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ١١٠
Maksudnya: “Kamu
(wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah)
umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan
melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula
beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab
(Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman)
itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan
kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.”
(surah
Ali Imran, 3:110)
Berdasarkan dalil diatas, Allah s.w.t. menyatakan
bahawa setiap yang disuruh oleh para sahabat adalah kebaikan dan ia mesti
diterima. Oleh itu, ijtihad (qaul) mereka wajib diterima. ( T.M. Hasbi Ash-Shiddeqy,2002: 122)
4.2 Perselisihan pendapat ulama’
Terdapat dua pendapat yang berbeza tentang kehujahan
qaul al-sahabi. Perbezaan dua pendapat ini berlaku dalam kalangan para
ulama. Pendapat tersebut ialah:
Pendapat pertama mengatakan bahawa
qaul al-sahabi bukan hujah secara mutlak. Ianya merupakan pendapat
al-Shafi’iyyah, jumhur al-Asya’irah, Muktazilah dan Syi’ah (Wahbah al-Zuhailiyy
2005 : 105). Terdapat bukti bagi pendapat yang pertama yang mengatakan bahawa qaul
al-sahabi bukan hujah yang mutlak. Bukti kepada pendapat ini ialah
sesungguhnya pendapat al-sahabi daripada ijtihadnya secara berseorangan adalah
sumber yang tidak maksum, dan setiap mujtahid yang melakukan ijtihad
berkemungkinan terdapat kesalahan dalam melakukan ijtihad mereka. Oleh itu,
tidak wajib ke atas golongan Tabi’in yang juga merupakan mujtahid untuk
mengikut ijtihad para sahabat,sekiranya ijtihad mereka bersalahan
antara satu sama lain. Namun, qaul al-sahabi merupakan hujah bagi selain
daripada mujtahid dari golongan Tabi’in.
Pendapat kedua, Para Sahabat tetap
memperakui ijtihad para Tabi’in, meskipun Tabi’in itu mempunyai ijtihad
yang berbeza dengan pendapat para Sahabat. Ini dapat dilihat ketika Saidina Ali
bin Abi Thalib r.a. mengemukakan kes kepada qadinya iaitu Shuraih bagi
menuntut baju besi beliau yang berada di tangan seorang Yahudi. Perselisihan
pendapat berlaku pada masalah kelayakan Saidina Hasan menjadi saksi kepada
ayahnya sendiri iaitu Saidina Ali r.a., namun Saidina Ali r.a mematuhi
keputusan Shuraih iaitu seorang menjadi saksi kepada ayahnya sendiri. (Wahbah
al-Zuhailiyy 2005 : 106)
4.3 Autoriti Ulama’ yang Menerima
Para ulama’ bersepakat dalam hal
yang melibatkan perkara-perkara yang tidak boleh diijtihadkan dan
perkara-perkara yang disandarkan kepada Rasulullah. Qaul sahabi termasuk
dalam kategori hadis nabi, maka para ulama’ menolak penggunaan saddu
al-zarai kerana hukam hakam sesuatu perkara telah wujud nasnya. Jika ia
dalam bentuk persepakatan para ulama’, maka ia digolongkan sebagai ijma’.
Selain itu, para ulama’ berbeza pendapat dalam penerimaan qaul sahabi
sebagai dalil hukum syarak. Ulama’ yang menerima Qaul sahabi ialah Imam
Malik, Syafi’i dan Ahmad menerima ia sebagai dalil hukum syarak, manakala
ulama’ Al-As’ariah menolaknya. Antara hujah ulama’ yang menerima qaul sahabi
dalam firman Allah s.w.t. :
وَٱلسَّٰبِقُونَ ٱلۡأَوَّلُونَ مِنَ ٱلۡمُهَٰجِرِينَ
وَٱلۡأَنصَارِ وَٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحۡسَٰنٖ رَّضِيَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُواْ
عَنۡهُ وَأَعَدَّ لَهُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي تَحۡتَهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَآ
أَبَدٗاۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٠٠
Maksudnya:"Dan
orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari
orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang
menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan
mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka
Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di
dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.”
(surah at-taubah,9:100)
Dalam ayat diatas, Allah s.w.t.
memuji orang-orang yang mengikut sahabat. Berpegang kepada fatwa yang
dikeluarkan oleh para sahabat merupakan sebahagian daripada bentuk mengikuti
mereka. (Abd
al-Wahhab Khallaf, 1970:94). Firman
Allah s.w.t. :
كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ
تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ
وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡكِتَٰبِ لَكَانَ خَيۡرٗا لَّهُمۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ
وَأَكۡثَرُهُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ١١٠
Maksudnya:“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah
sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu
menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara
yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan
sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman
(sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi)
di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang
fasik”.
(surah Ali Imran, 3:110)
Dalam ayat ini Allah s.w.t.
menyifatkan para sahabat r.a. sebagai sebaik-baik umat yang mengajak kepada
kebaikan dan melarang daripada melakukan perkara yang dilarang. Kita wajib
berpegang dengannya. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apa yang didatangkan kepada kamu
daripada kitab Allah maka hendaklah beramal dengannya tidak ada keuzuran pada
meninggalkannya.Maka jika tidak ada dalam kitab Allah maka Sunnah daripadaku
yang berterusan. Maka jika tidak ada Sunnah daripadaku maka apayang dikatakan
oleh sahbat-sahabatku. Sesungguhnya sahbatku setaraf dengan
bintang-bintang.Maka mana-mana yang kamu berpegang dengannya nescaya kamu
mendapat petunjuk. Dan perselisihan sahabat-sahabatku sebagai rahmat bagi
kamu.”( Riwayat
al-Baihaqin dalam al-Madkhal, al-Tabrani, al-Dilmi, Nase).
Berdasarkan hadis di atas, sahabat
diumpamakan seperti bintang-bintang yang menjadi petunjuk. Justeru, hidayah
diperoleh dengan mengikuti setiap yang diperkatakan oleh sahabat. Setiap
yang disampaikan oleh sahabat adalah benar ( T.M.Hasbi
Ash-Shiddeqy,2002: 122).
5. ISU-ISU SEMASA/PERMASALAHAN
5.1 Persoalan mengenai keperluan mujtahid
merujuk Qaul Sahabi.
Timbul persoalan yang menyatakan bahawa adakah para mujtahid
perlu merujuk kepada qaul al-sahabi sebelum merujuk kepada qiyas?.Adakah
qaul al-sahabi itu hanya ijtihad individu sahaja dan bukan hujah
bagi orang Islam?
Penyelesaian daripada masalah diatas ialah:
i.
Abu Hanifah dan ulama yang sependapat
dengan beliau tidak hanya melihat al-sahabi tertentu sahaja untuk
menjadi hujah. Abu Hanifah mungkin mengambil pendapat daripada seorang sahabat
yang dipilih, namun pada masa yang sama beliau melarang daripada menolak atau
menentang pendapat mereka secara keseluruhannya. Abu Hanifah juga berpendapat qiyas
tidak digalakkan dalam menyelesaikan suatu permasalahan apabila terdapat ijtihad
sahabat pada masalah tersebut, Abu Hanifah akan mendahulukan qaul al-sahabi
jika bertembung dengan qiyas.
ii.
Menurut pendapat Imam Shafi’i, beliau
tidak melihat qaul al-sahabi sebagai hujah dan menolak secara mutlak qaul
al-sahabi dalam mengistinbat hukum. Ijtihad para sahabat adalah sama
dengan para mujtahid lain yang bukan daripada kalangan sahabat. Beliau
berkata: “tidak dibolehkan mengistinbatkan hukum atau fatwa melainkan dengan nas-nas daripada
al-Quran dan al-Sunnah, atau setiap yang disepakati oleh para ulama atau dengan
qiyas”. Nas di atas menunjukkan bahawa sumber perundangan Islam adalah
terbatas kepada al-Quran, al-sunnah, ijma’ dan qiyas” (Abd
al-Wahhab Khallaf,1970:95).
5.2 Masalah pewarisan harta kepada isteri yang
diceraikan dengan talak ba’in ketika suami sakit tenat
Menurut Imam Abu Hanifah, Imam Malik, dan Imam
Ahmad, isteri berhak menerima pewarisan harta daripada suaminya. Begitu juga
pendapat Imam Shafi'i mazhab qadim (sebelum berhijrah ke Mesir). Ini
kerana terdapat kata-kata Saidina Uthman r.a. yang diriwayat oleh Ibn Abi
Shaibah yang bermaksudnya: “Daripada Uthman r.a: “Diwariskan harta kepada
isteri Abd al-Rahman bin Auf ketika diceraikannya dalam keadaannya yang sakit
selepas tamat tempoh idahnya”.
(Musnaf
Ibn Abi Shaibah (176/4).no. (19026)).
Manakala menurut pandangan Imam
Shafi’I mazhab jadid, isteri tidak layak menerima pewarisan harta kerana
hukum talak adalah sama ketika dalam keadaan sihat mahupun sakit. Bukti kepada
perkara ini ialah:“Sesungguhnya suami tidak mewariskan harta kepada isteri
setelah ditalakkan dalam keadaan suaminya sihat”.Begitu juga isteri yang
ditalakkan dalam keadaan suaminya sakit hampir mati. Hal ini bermaksud tidak
boleh memiliki harta pewarisan kerana tiada ikatan perkahwinan antara mereka.
Sesungguhnya Allah telah mewujudkan pewarisan harta di antara suami isteri
adalah kerana wujudnya hubungan perkahwinan yang sah (M. Sulaiman Abdullah
al-Asqar, 2001:76).
5.3 Hukum solat sujud Tilawah adakah wajib atau
sunnah?
Sujud Tilawah tidaklah wajib dan tidak berdosa jika
tidak melakukannya, sebab terdapat beberapa keterangan bahawa Imam Malik dalam
kitabnya Al-Muwatta daripada Hisham Ibn Urwah daripada bapanya ketika
Umar bin Al-Khattab berada diatas mimbar pada hari Jumaat, Umar bin Al-Khattab
membaca ayat sajadah dalam surah al-Nahl lalu ia turun dan sujud. Pada hari
Jumaat yang berikutnya dia membaca ayat sajadah, ketika itu para sahabat sudah
bersedia untuk sujud tetapi Umar berkata. “Allah SWT tidak mewajibkannya
melainkan jika kita mahu melakukannya.
Imam Malik, Syafi’I dan Imam Ahmad berpendapat bahawa hukumnya adalah
sunnah dan tidak diwajibkan. Imam Syafi’i menyatakan dalam dalil hadis
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “bahawa Rasulullah s.a.w.,membaca ayat
dalam surah An-Najm maka baginda bersujud, lalu bersujudlah yang lain kecuali
dua orang”.
Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa
hukum sujud Tilawah adalah wajb, Imam Abu Hanifah berdalilkan dengan beberapa
hadis Nabi s.a.w.,Antaranya yang bermaksud Rasulullah sa.w. bersabda,
“sujud Tilawah bagi sesiapa yang mendengarnya dan bagi sesiapa yang
membacanya”. Dari Abu Hurairah r.a. dalam Kitab Al-Iman yang dimarfu’kan
kepada Nabi s.a.w.,“apabila Ibn Adam membaca ayat sajadah maka syaitan akan
menyendiri dan menangis sambil berkata: celakalah! Telah diperintah Ibn Adam
untuk bersujud maka ia bersujud dan baginya syurg, sedangkan aku diperintah
untuk bersujud tetapi enggan, maka bagiku neraka” (hadis riwayat Bukhari).
5.4 Hukum solat Hari Aidil Fitri
Dan Aidil Adha Yang Jatuh Pada Hari Jumaat
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang
bersidang telah membincangkan mengenai hari raya Aidil fitri dan Aidil Adha
yang jatuh pada Hari Jumaat. Pada hari tersebut iaitu hari raya Aidilfitri dan
Aidiladha jatuh pada hari Jumaat,
kewajipan menunaikan solat fardu Jumaat diwajibkan ke atas lelaki muslim
yang bermastautin dan ahli masyarakat setempat. Walaupun orang yang bukan ahli
masyarakat setempat yang balik
menziarahi ahli keluarganya, diberi kebenaran untuk tujuan berziarah dan
kembali semula untuk mereka mendirikan
solat fardu Jumaat, jika dia mampua berbuat demikian. Jika tidak mampu berbuat
demikian dia dikehendaki untuk
hadir semula ke masjid untuk
menunaikan solat fardu Jumaat dan hukumnya tidak berdosa. Daripada Abu ‘Abid,
“Aku menyaksikan hari raya bersama dengan Uthman Ibn Affan. Setelah
bersembahyang beliau berucap, “Sesungguhnya telah berhimpun kepada kamu pada hari ini dua raya. Sesiapa
dari kalangan ahl al-‘aliyah yang ingin menunggu untuk sembahyang Jumaat, maka
boleh tunggu tetapi sesiapa yang ingin pulang, maka aku izinkan”.
Qaul sahabi iaitu Saidina Uthman
r.a., menjelaskan bahawa ia bukan merupakan hasil al-ray’ tetapi nukilan
daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ia diterima oleh Imam Syafie sebagai hujah kerana
ia menepati qiyas bukan semata-mata
ia qaul sahabi. Mereka yang di
bolehkan meninggalkan solat Jumaat kaum wanita, orang lelaki yang bermusafir,
hamba dan orang lelaki yang sakit( uzur syari’e ). Solat fardu Jumaat adalah merupakan
satu syiar daripada syiar-syiar Agama Islam yang perlu dijaga dan
dilaksanakan. Berjemaah di dalam
menunaikan solat fardu Jumaat adalah wajib fardu ain.
5.5
Contoh-Contoh Fatwa Sahabat
Kebanyakan para sahabat merupakan
perawi hadis seperti Ali bin Abi Thalib, Umar Al-Khattab, Abdullah Ibnu Mas’ud,
Abdullah Ibn Abbas, dan Abdullah bin Umar. Oleh itu, tidak sukar bagi para
sahabat untuk untuk menentukan hukum. Walaubagaimanapun, jika muncul isu yang
baru terjadi dan tidak terdapat dalam al-Quran dan al-sunnah, para sahabat akan
berijtihad berdasarkan pengetahuan mereka tentang tujuan syariat dan panduan
nas-nas tersebut, tetapi apabila terdapat percanggahan pendapat, atau tiada
ketetapan hukum tentang sesuatu perkara, maka mereka akan berijtihad degan menggunakan ijma’. Ijma’ mula digunakan pada zaman sahabat Rasulullah dan antara
kalangan para sahabat yang mengamalkan ijma’
ialah seperti Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Uthman Bin Affan r.a, Saidina Umar
Al-Khattab r.a, dan Saidina Ali. Ijma’
terjadi apabila kata sepakat dalam sesuatu hukum dicapai antara mereka.
Saidina Umar Al-Khattab r.a dikenali sebagai
sahabat yang banyak memperkenalkan penggunaan pertimbangan maslahah di
dalam pemecahan hukum. Hasil penggunaan pertimbangan maslahat
tersebut dapat dilihat di dalam tindakan beliau mengumpul dan membukukan
Al-Quran dalam satu mushaf, pengucapan talak sebanyak tiga
kali di dalam satu masa atau majlis dipandang sebagai talak tiga, penggunaan
pajak tanah (kharaj), dan sebagainya. Walaupun para sahabat tidak
mempunyai masalah dalam menginstinbatkan hukum, namun di kalangan para sahabat
masih terdapat sedikit percanggahan pandangan antara mereka dalam memahami
maksud bagi sesebuah ayat yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah. Contoh
percanggahan pendapat tersebut dapat dilihat dalam pemahaman ayat iddah dalam
surat al-Baqarah 228 yang bermaksud “Dan isteri-isteri yang diceraikan itu
hendaklah menunggu selama tiga kali suci”.
Tiga kali suci di dalam ayat di
atas memberi pengertian iaitu suci daripada haid. Saidina Abu Bakar r.a,
Saidina Umar bin Al-Khattab, Saidina Ali, Saidina Usman, dan Abu Musa
al-Asy’ari memahami maksud suci di dalam ayat di atas dengan
pengertian haid, manakala Aisyah, Zaid bin Tsabit, dan Ibnu Umar mengertikannya
dengan kesucian. Dapat disimpulkan di sini, usul fiqh pada era sahabat
juga masih belum menjadi sebagai satu bahan kajian ilmiah.
Walaupun antara para sahabat mereka
membincangkan tentang percanggahan pendapat mereka, namun perbincangan itu
belum menuju kepada pembentukan sebuah bidang kajian khusus tentang metodologi.
Pertukaran pendapat dan perbincangan yang dilakukan oleh para sahabat lebih
bersifat praktis untuk menjawab permasalahan-permasalahan yang timbul.
Pembahasan hukum yang dilakukan oleh para sahabat hanya terbatas kepada
pemberian fatwa atas pertanyaan atau permasalahan yang muncul.
(M. Sulaiman Abdullah al-Asqar, 2001:77).
6. KESIMPULAN
Kesimpulannya, Qaul al-sahabi ini merupakan ijtihad
individu para sahabat yang mendengar daripada Rasulullah s.a.w, dan ini
lebih membawa kepada sunnah Rasulullah s.a.w., namun qaul al-sahabi
tidak secara keseluruhannya menjadi hujah bagi ulama’-ulama’. Dalam
mengistinbatkan hukum syariat, Imam Shafi'i
berpendapat bahawa qaul al-sahabi tidak menjadi hujah.Ini kerana
pensabitan qaul al-sahabi memerlukan kepada dalil yang kuat dan benar.
Dalil tidak disepakati menjadi hujah apabila para mujtahid tidak
menjumpai hukum sama ada di dalam al-Quran, al-Sunnah, ijma’ ulama dan qiyas.
Oleh
hal yang demikian, qaul al-sahabi tidak boleh menjadi hujah bagi semua
umat Islam sama ada untuk menerimanya sebagai hujah atau tidak. Para mujtahid
selepas para sahabat tidak diwajibkan untuk menjadikan qaul al-sahabi
sebagai hujah. Kaedah
Saddu al-Zarai’ tidak perlu digunakan kerana sesuatu masalah
diselesaikan dan ditentukan hukumnya melalui ijma’. Kesemua ulama’ bersepakat bahawa sahabat
adalah orang yang beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan mati dalam keadaan Islam.
Qaul sahabi termasuk dalam persepakatan para sahabat maka ia
dikategorikan sebagai ijma’. Sesiapa yang mengikut
para al-sahabi, maka ia sama seperti mengikut setiap yang disampaikan
oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam
hadis nabi Muhammad s.a.w., menerangkan tentang berpegang kepada
sahabat-sahabat baginda iaitu: “Daripada Al-Irhaad bin Sariah, sabda
Rasulullah s.a.w.” berpeganglah kamu dengan sunnahku dan sunnah khulafa’
Ar-rasyidin. (riwayat Abu Daud dan Tarmizi). Oleh itu,
ijtihad qaul sahabi wajib diterima. Dalam hadis Rasulullah
s.a.w.bersabda yang bermaksud “Sahabatku seperti bintang, dengan mengikut
mereka akan mendapat hidayah.”(Hadis riwayat al-Darqatni).
RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim
Abd Al-Wahhab Khallaf.1999. Ilmu usul al-fiqh.,Kuwait:
Dar al-Kalam.
Ali Jum’ah. 2004. Qaul As-Shahabi ‘Ushuliyyin’, Kuwait:Dar-Ar-Risalah
Abd Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin. 2001.
Perbahasan usul al-ahkam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.
Hadis Nabi Muhammad SAW
M. Sulaiman Abdullah al-Asqar. 2001. Al-Wadhih fi
Ushulul Fiqh, Jakarta: Pelangi Publisher
Quthb Musthafa Sanu. 2002. Mu’jam Musthalahat
Usulul Fiqh,Damsyiq:Dar Al-Fikri
Saharia Hj.Ismail.2014. Perbahasan Usul Fiqh:
satu pengenalan awal, Melaka:Kolej Universiti
Islam Melaka.
Siti Zalikhah Haji Md. Nor. 2004. Al-Syariah:Konsep&Perundangan
Islam Jilid I, Selangor:
Dewan Bahasa dan Pustaka,
T.M.Hasbi Ash Shiddeqy. 2000. Pengantar
Ilmu Fiqih, Indonesia:Penerbit Bulan Bintang.
Majlis Fatwa Kebangsaan. 29/1/2015.
AidilFitri
Dan AidilAdha Jatuh Pada Hari Jumaat.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/aidilfitri-dan-aidiladha-jatuh-pada-hari-jumaat.