Sunday, April 26, 2015

ISTIHSAN (MOHAMAD AMIRUL BIN ARKANUDIN D1320107)


1. Pengenalan.

Sumber hukum Islam yang disepakati ulama’ adalah al Quran, Hadis, Ijma’, Qiyas. Jumhur ulama’ menyepakati keempat sumber hukum ini. Namun demikian masih terdapat beberapa ulama’ yang tidak sepakat terhadap kehujahan qiyas dengan beberapa alasan.

Seiring perjalanan waktu, perkembangan teknologi dan pengetahuan begitu pesat terjadi, sehingga muncul banyak permasalahan -permaasalahan baru yang terkadang tidak cukup dengan keempat sumber hukum di atas. Atas dasar demikian muncul setelahnya beberapa cara Istinbath hukum yang pada awalnya di kenalisebagai sumber hukum yang di percaya. Kemunculan sumber hukum yang baru tidak serta-merta diterima kesahihannya, sehingga tidak mementingkan tetap bermunculan bahkan hingga saat ini. Terlepas dari perkataan yang terjadi, jika melihat dari situasi dan kondisi masa kini modifikasi terhadap hukum Islam merupakan sebuah kesempurnaan.

Cara yang ditawarkan Istihsan cukup konflik tetap menubuhkan pengembangan  yang signifikan. Jamal Ma’mur Asmani misalnya memandang bahawaa istihsan merupakan keniscayaan untuk menerapkannya pada masa ini, hal ini mencukupi seluruh bidang kehidupan (sosial, politik, ekonomi, budaya dan lain-lain) tentunya dengan modifikasi-modifikasi yang tidak bertentangan dengan syariat agama Islam.

Dalam sederhana ini, saya akan menulis akan tentang Istihsan, hal itu terkait dengaan definisi dan pro kontra yang terjadi terhadapnya. Tidak ketinggalan pula kita akan mengkaji tentang pentingnya istihsan dalam kehidupan sekarang ini, yang mana kita temukan banyak sekali permasalahan-permasalahan kontemporer yang menubuhkan ijtihad hukum yang baru.





2.  Pengertian Istihsan

Istihsan merupakan salah satu cara ijtihad yang diperselisihkan oleh para ulama, meskipun dalam kenyataannya, semua ulama menggunakannya secara praktis. Dasarnya, para ulama menggunakan Istihsan dalam maksud bahasa iaitu “berbuat sesuatu yang lebih baik”. Tetapi dalam pengertian istilahnya, para ulama berbeza pendapat disebabkan oleh perbezaan dalam memahami dan mendefenisikan Istihsan itu.

Ulama yang menggunakan cara istihsan dalam berijtihad mendefinisikan Istihsan dengan pengertian yang berbeza dengan definisi dari orang yang menolak cara Istihsan. Demikian juga dengan ulama yang menolak penggunaan Istihsan mendefinisikan Istihsan dengaan pengertian tidak seperti yang didefinisikan pihak yang menggunakannya. Seandainya mereka sepakat mengartikan Istihsan itu, maka mereka tidak akan berbeza pendapat dalam menggunakannya sebagai metode ijtihad.

Istihsan secara umumnya berasal dari bahasa Arab  استحسن  iaitu yang bermaksud memperhitungkan dan meyakini sesuatu itu baik, atau mengikuti sesuatu yang baik menurut perasaan dan fikiran. Makna yang hampir sama juga dipakai oleh Al-Sarakhsi, iaitu :

Berusaha mendapatkan yang terbaik untuk diikuti bagi suatu masalah yang diperhitungkan untuk dilaksanakan”.

Dari maksud tersebut terlihat adanya seseorang yang menghadapi dua perkara yang keduanya baik. Namun ada hal yang mendorongnya untuk meninggalkan satu di antaranya dan menetapkan untuk mengambil yang satunya lagi, kerana itulah yang dianggapnya lebih baik untuk diamalkan.




2.1 Pengertian Istihsan dari empat mazhab.

i .  Istihsan dalam pandangan ulama Hanafiyah.

Ulama Usul Hanafiyah mendefinikan istihsan dalam dua rumusan :

a) Berijtihad dengan segenap fikiran dalam menentukan sesuatu yang oleh syariat menyerahkannya kepada pendapat kita.

b) Dalil yang menyalahi qiyas yang zahir yang didahului dengan prasangka sebelum diadakan pendalaman terhadap dalil itu, setelah diadakan penelitian yang mendalam terhadap dalil itu dalam hukum yang berlaku dan dasar-dasar yang sama dengan itu ternyata dalil yang menyalahi qiyas zahir itu justeru lebih kuat dan oleh kerananya wajib diamalkan.

Definisi Istihsan pertama yang berlaku di kalangan ulama Hanafiyah di atas tidaklah menyalahi sesuatu apapun dan semua ulama sepakat terhadapnya, kerana pengertian yang terbaik dalam hal ini adalah di antara dua hal kita dapat menentukan pilihan, kerana syara’ telah memberikan hak pilih pada kita. Contohnya penepatan ukuran mut’ah (pemberian hadiah) dari suami yang menceraikan isterinya sebelum dicampuri dan sebelumnya belum ditetapkan maharnya. Memberikan mut’ah itu wajib yang ukurannya menurut kemampuan suami dengan syarat harus sesuai dengan “kepatuhan”. Tentang ukuran patut itu sendiri diserahkan kepada apa yang lebih baik berdasarkan pendapat yang umum.

Dalam definisi kedua terkandung adanya pembenturan dalil dengan qiyas zahir. Semula ada prasangka lemah pada dalil itu kerana belum diadakan penelitian yang mendalam, namun setelah melihat secara mendalam ternyata dalil itu lebih kuat daripada qiyas. Dalam hal ini dipandang lebih baik menggunakan dalil itu daripada menggunakan qiyas yang menurut lahirnya kuat.

ii.  Istihsan menurut pandangan Imam Maliki.

Menurut Imam Malik Istihsan adalah :

العل بأقوى الدليلين, أوالاخذ بمصلحة جزئية فى مقابلة دليل كلي. فهو إذن الاستدلال المسل على القياس
Beramal dengan dalil yang terkuat di antara dua dalil atau menggunakan kemasahatan yang bersifat juz’i (bahagian) sebagai pengganti dalil yang bersifat kulli (menyeluruh)

Imam Malik melihat Istihsan itu sebagai kemaslahatan yang sifatnya juz’i yang dinilai lebih baik untuk diambil dan diamalkan memikirkan kemaslahatan yang ada pada hukum sebelumnya. Sebab hukum awal tersebut tidak atau tidak boleh menyamakan maqasid syariah yang sifatnya memaslahatkan umat dalam kehidupan. Sedangkan Ibnu al-Arabi menilai bahawa Istihsan untuk hukum yang dipalingkan tersebut hanyalah bersifat pengecualian untuk perkara tertentu. Sedangkan untuk perkara boleh jadi masih boleh di pakai.

iii.  Istihsan menurut ulama mazhab Syafie.

ما يستحسنه المجتهد بعقله
Maksudnya : Sesuatu perkara yang difikir baik oleh mujtahid

iv.  Istihsan menurut ulama mazhab Hanbali.

العدول بحكم المسألة عن نظائر ها لدليل خاص من كتاب أوسنة.
Maksudnya:Berpaling didalam menghukum sesuatu masalah daripada masalah yang sebanding dengannya kerana ada dalil yang khusus terdiri dai Al-Quran atau sunah.

Definisi Istihsan pertama yang berlaku di kalangan ulama hanbali di atas dapat disimpulkan bahawa seorang mujtahid tidak menetapkan hukum sebagaimana yang ditetapkan pada perkara yang sejenis dengan perkara itu kerana ia mengikuti dalil lain dari Al-Quran dan sunnah yang dinilai lebih khusus dan lebih sesuai untuk diamalkan. Definisi pertama ini tidak paling sesuai menurut mazhab Hanbali dan yang lain.


2.2 Pengertian Istihsan dari pandangan ulama lain.

i.  Istihsan menurut Ibnu Al-Arabi.

ايثار ترك الدليل والترخيص بمخالفته لمعار ضة دليل آخر فى بعض مقتضياته
Maksudnya: Mengutamakan tinggal sesuatu dalil dan membolehkan menyalahinya kerana ada dalil lain menentang sebahagian daripada kehendaknya.

ii.  Istihsan menurut Abdul Wahhab Khallaf.

عدول الختهد عن مقتضى قياس جلي إلي مقتضى قياس خفي, أو عن حكم كلي الى حكم استثنائي لدليل انقدح فى اعقله رجح لديه هذ العدول.
Maksudnya: Berpalingnya seseorang mujtahid dari tuntutan qiyas (nyata) kepada tuntutan qiyas khafi(samar), atau dari hukum kulli(menyeluruh) kepada hukum yang sifatnya istisna’i(pengecualian), kerana menurut pandangan mujtahid itu adalah dalil(alasan) yang lebih kuat yang menghendaki perpindahan tersebut.

iii.  Istihsan menurut Al-Karkhi.

 أن يعدل الإنســان عن أن يحكم في المسألة بمثل ما حكم به في نطائرها إلى خلافه لوجه يقتضي العدول عن الأول
Maksudnya: Berpindahnya manusia(mujtahid) dalam menetapkan hukum terhadap satu masalah dari hukum yang sebanding dengannya kepada hukum lain kerana ada alasan yang lebih kuat menghendaki perpindahan dari hukum awal tersebut.

iv.  Istihsan menurut Al-Sarakhi.

 ترك القياس والأخذ بما هو أوفق للناس
(meninggalkan qiyas dan mengambil hukum yang lebih sesuai dengan manusia)

  طلب السهولة في الأحكام فيما يبتلى فيه الخاص والعام
(mencari kemudahan dalam hukum-hukum yang dihadapi orang banyak atau orang tertentu)




3. Kehujahan tentang Istihsan.

Ada tiga golongan ulama dalam menganggap Istihsan ini apakah merupakan dalil hukum syara’ atau tidak:

Pertama, jumhur ulama usul Fiqh dari mazhab Maliki, Hanafi dan sebahagian besar Hanbali menyatakan bahawa Istihsan adalah salah satu dalil syara’ yang menetapkan suatu hukum yang berlawanan dengan apa yang diwajibkan oleh qiyas, atau umurnya nas. Terutamanya Hanafiyah sangat mengutamakan istihsan yang dianggap lebih kuat dan memiliki dalil, serta meninggalkan qiyas. Hal ini terlibat dalam ungkapan Abu Hanifah: (kami memakai Istihsan untuk hal ini, dan meninggalkan qiyas). Ucapan Abu Hanifah ini diperkuat oleh Abu Al-Khattab dengan ungkappannya: “Saya menolak Istihsan tanpa dalil, dan menerimanya apabila ada dalil yang jelas dan meninggalkan qiyas”. Abu Hanifah banyak menetapkan hukum dengan Istihsan, tetapi ia tidak pernah menjelaskan pengertian dan rumusan dari Istihsan yang dilakukan itu. Oleh kerana itu dia dikatakan menetapkan hukum hanya menurut kemahuannya sahaja tanpa memakai cara.

Setelah timbul kritikan-kritikan itu, maka para sahabat dan murid Abu Hanifah berusaha menjelaskan pengertian dan rumusan Istihsan yang banyak dilakukan oleh imam mereka. Di antara mereka adalah Imam As-Syarkhasi, yang mengarang sebuah kitab terkenal yang menjadi rujukan bagi pengikut mazhab Hanafi, bernama Ushul al-Syarkhasi. Mereka berusaha menjelaskan bahawa sesungguhnya Istihsan itu tidak keluar dari dalil-dalil syarak. mereka mengatakan bahawa hakikat Istihsan adalah dua macam qiyas. Pertama, qiyas jali tapi lemah pengaruhnya, inilah yang dinamakan dengan qiyas. Kedua, qiyas khafi tapi pengaruhnya kuat, inilah yang dinamakan dengan Istihsan, oleh kerana itu dalam dua hal ini yang dipandang adalah pengaruhnya, bukan jelas atau tidaknya qiyas. Pengaruh yang lebih kuat itulah yang menyebabkan Hanafiyah, Malikiyah dan sebahagian Hanbali lebih mengutamakan Istihsan daripada qiyas. Atau dengan perkataan lain, pengutamaan Istihsan daripada qiyas semata-mata didasarkan kepada pengaruh hukumnya, bukan didasarkan pada khafi atau jali-nya bentuk qiyas.

    
Bagi menurut Hanafiyah dan Malikiyah pada hakikatnya Istihsan bukanlah sumber hukum yang berdiri sendiri, kerana sesungguhnya hukum Istihsan bentuk yang pertama dari kedua bentuknya berdalilkan qiyas yang tersembunyi yang mengalahkan qiyas yang jelas, kerana adanya beberapa faktor yang mempunyai kelebihan yang membuat tenang hati kepada mujtahid. Sedangkan bentuk yang kedua dari Istihsan ialah bahawa dalilnya adalah maslahat, yang pengecualian dari hukum kulli (menyeluruh), dan ini juga disebut dengan segi Istihsan.

Adanya dalil yang dipegang oleh ulama yang meyakini istihsan sebagai dalil hukum adalah:

 .....فَبَشِّرْ عِباَدِيَ الَّذِيْنَ يَسْتَمِعُوْنَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُوْنَ أَحْسَنَهُ
Berilah khabar gembira kepada hamba-hambaKu yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya....                   (Az-Zumar:18)

 .....وأمر قومك يأخذوا بأحسنـــــها
Suruhlah kaummu (Musa) berpegang kepada (perintah-perintahnya) dengan sebaik-baiknya.....”                                          (Al-A’raaf:145)

 ...يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر
Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu...
                                                       (Al-Baqarah:185)

  ما رآه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن
Sesuatu yang di pandang baik oleh umat islam, maka ia dihadapan allah juga baik
                                                  (HR. Ahmad ibn Hanbal)

3.1 Dalil-dalil bagi orang yang mengatakan bahawa istihsan tidak hujah.

i.  Banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyeruh mentaati Allah dan rasulnya dan melarang mengikut hawa nafsu, serta memerintah kita kembali kepada kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW ketika berlaku perbalahan atau pertelingkahan dengan firman Allah :

     فإن تنزعتم فىء فردوه إلى الله والرسول إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الأخر
Maksudnya: Dan jika kamu berselisih faham terhadap sesuatu perkara maka hendaklah kamu rujukkan kepada Allah dan rasulnya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat.

Istihsan bukan Al-Quran dan bukan hadis dan tidaklah ia kembali kepada kedua-duanya, dan sesungguhnya ia merupakan perkara yang lain, dan apabila adalah kedudukan perkara yang sebenar itu seperti apa yang disebut maka istihsan adalah merupakan penambahan keatas Al-Quran dan Hadis, ketambahan ke atas kedua-duanya tidak diterima kecuali dengan dalil dari kedua-duanya yang menunjuk diterima, pada hakikatnya tidak ada dalil yang menunjuk diterimanya.

ii.  Jika sekiranya harus bagi mujtahid menghukumkan perkara yang tidak ada hadis mengenai berdasarkan kepada apa yang dikira baik oleh akalnya nescaya harus bagi orang lain daripadanya yang terdiri dari orang-orang awam menghukumkan berdasarkan kepada apa yang dikira baik oleh akal mereka, ini tidak harus dengan ijmak ulama maka begitulah juga tidak harus bagi mujtahid beristihsan dengan akalnya.

3.2 Ulama yang menerima Istihsan sebagai Dalil Hukum.

Istihsan dapat digunakan sebagai bahagian dari ijtihad dan hujjah. Pendapat ini dipegangi oleh Ulama Hanafiyah, Malikiyah dan Hanbali. Adapun yang menjadikan alasan bagi kelompok ini, bahawa Istihsan sebagai salah satu dalil hukum syara dan merupakan hujjah dalam Istinbath hukum adalah:

i.  Berdasarkan penelitian terhadap berbagai penetapan hukumnya ternyata berlawanan dengan ketentuan qiyas atau ketentuan umu, dimana kadang-kadang dalam penerapannya terhadap sebahagian penetapan tersebut justeru boleh menghilangkan kemaslahatan yang ditimbulkan oleh manusia, kerana kemaslahatan itu merupakan peristiwa khusus. Maka,sangat tepat jika membuka jalan seseorang mujtahid untuk memalingkan suatu penetapan yang seharusnya berdasarkan qiyas atau ketentuan kulit kepada ketentuan hukum yang lain agar dapat menyelesaikan masalah tersebut.

ii.  Kelompok ini menggunakan dalil-dalil Al-Quran dalam mempertahankan Istihsan sebagai hujah, yang mana ayat-ayat tersebut membawa kepada mengangkat kesulitan dan kesempitan dari umat manusia. Diantaranya ada firman Allah swt:

يريد بكم اليسر ولا يريد بكم العسر
Maksudnya: “Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”

iii.  Menggunakan Dalil sunnah sebagai berikut:


ما راه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن
Maksudnya: “Apa sahaja yang dipandang baik oleh umat islam, baik juga disisi Allah”.
                                                  (HR. Ahmad Ibn Hanbal)



iv.  Menggunakan Dalil sunnah sebagai berikut:


ما راه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن
Maksudnya: “Apa sahaja yang dipandang baik oleh umat islam, baik juga disisi Allah”.
                                                  (HR. Ahmad Ibn Hanbal)


Menurut Madzhab Maliki, Istihsan adalah salah satu cara menyimpulkan hukum yang diakui diambil secara terperinci dari sejumlah dalil secara keseluruhan (jumlah). Dengan demikian orang yang menggunakan istihsan tidak bermaksud semata-mata mengunakan perasaannya dan keinginannya yang subjektif, tetapi berdasarkan tujuan maqasid syariah. Kerana apabila qiyas yang diamalkan maka tujuan syarak dalam menurunkan hukum tidak akan tercapai. Contohnya, membuka aurat untuk keperluan pengubatan dalam rangka mencari penyembuhan suatu penyakit, apabila kias yang diamalkan maka aurat tidak boleh dibuka untuk keperluan pengubatan, maka upaya pengubatan tidak boleh dilakukan, dan ini bermaksud menimbulkan kesulitan.

Selain itu, ia juga berpendapat bahawa istihsan adalah mengambil maslahah yang merupakan bahagian dalam dalil yang bersifat kulli (menyeluruh) dengan mementingkan al-istidlal al-mursal daripada qiyas. Dari maksud di atas, jelas bahawa Istihsan lebih mementingkan maslahah juz’i atau maslahah tertentu dibandingkan dengan dalil kulli atau dalil yang umum atau dalam kata lain sering dikatakan bahawa Istihsan adalah beralih dari satu qiyas ke qiyas yang lain yang dianggap lebih kuat dilihat dari tujuan syari’at diturunkan. Tegasnya, Istihsan selalu melihat kesan sesuatu ketentuan hukum, jangan sampai membawa kesan yang merugikan tapi harus mendatangkan maslahah atau menghindari kemudaratan, namun bukan bermaksud Istihsan adalah menetapkan hukum atas dasar ra’yu semata, melainkan berpindah dari satu dalil ke dalil yang lebih kuat yang kandungannya berbeez. Dalil kedua ini dapat berwujud ijma’, ‘urf  atau al-maslahah al-mursalah.



3.3 Ulama yang menolak istihsan sebagai dalil hukum.

Istihsan tidak dapat dijadikan sebagai hujjah dalam berijtihad. Pendapat ini dipegang oleh Syafi’iyah. Ulama berpendapat ini melandaskan pendapatnya dengan dalil-dalil berikut :

i.  Bahawa syariat Islam itu terdiri dari nas al-Qur’an, al-Sunnah atau apa yang dilandaskan pada keduanya. Sementara Istihsan bukan salah satu dari hal tersebut. Kerana itu ia sama sekali tidak diperlukan dalam menetapkan sebuah hukum.

ii.  Firman Allah Swt :
يا يها الذين امنوا اطيعوا الله واطيعوا الرسول واولى الامر منكم. فان تنزعتم فى شيء فردوه الى الله والرسول ان كنتم تؤمنون بالله واليوم الاخر. ذلك خير واحسن تاويلا
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri (orang yang berkuasa) di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu perkara, Maka kembalikanlah (rujuk) kepada Al-Quran dan sunnahnya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhira,. yang demikian itu lebih baik bagi kamu dan lebih baik kesudahannya”.

Ayat ini menunjukkan kewajiban merujuk kepada Allah dan Rasul-Nya dalam menyelesaikan suatu masalah, sementara Istihsan tidak termasuk dalam upaya merujuk kepada Allah dan Rasul-Nya. Dengan demikian, ia tidak dapat diterima.

iii.  Jika seorang mujtahid dibenarkan untuk menyimpulkan hukum dengan akalnya atas dasar Istihsan dalam masalah yang tidak memiliki dalil, maka tentu hal yang sama boleh dilakukan oleh seorang awam yang boleh jadi lebih cerdas daripada seorang mujtahid. Dan hal ini tidak dikatakan oleh siapapun, kerana itu seorang mujtahid tidak dibenarkan melakukan Istihsan dengan logik akalnya sendiri.

a) Ibn Hazm mengatakan: “Para sahabat telah berijma’ untuk tidak menggunakan ra’yu, termasuk di dalamnya Istihsan dan qiyas. Umar bin al-Khathab R.A mengatakan: Jauhilah para pengguna ra’yu! Kerana mereka adalah musuh-musuh Sunnah

b) Rasulullah SAW ketika menghukumi persoalan yang belum ada dalam al Qur’an tidak menggunakan Istihsan, melainkan menunggu turunnya wahyu.

c) Istihsan adalah menetapkan hukum berdasar maslahah. Jika maslahah itu sesuai dalam nas dibolehkan, tetapi maslahah yang dijadikan panduan dalam Istihsan adalah maslahah menurut para ulama’.

Selain Imam Syafi’i kalangan ulama Zhahiriyah juga menolak penggunaan qiyas secara prinsip, demikian pula sebahagian ulama kalam mu’tazilah kerana mereka tidak menerima qiyas, maka dengan sendirinya mereka pun menolak istihsan kerana kedudukan istihsan sebagai dalil hukum adalah lebih rendah dari qiyas.

Selain dari kalangan ulama zhahiriyah yang sependapat dengan imam syafi’i ada juga para ulama yang menolak Istihsan dengan alasan yang dituntut dari kaum muslimin untuk diikuti adalah hukum yang ditetapkan Allah atau yang ditetapkan Rasul atau hukum yang di qiyaskan kepada hukum Allah dan hukum Rasul itu. Sedangkan hukum yang ditetapkan berdasarkan apa yang di anggap baik oleh mujtahid adalah hukum buatan manusia dan bukan hukum syar’i.

Jika kita meneliti pandangan dan dalil pendapat yang pertama, kita akan menemukan bahawa pada saat mereka menetapkan Istihsan sebagai salah satu sumber hukum, hal itu tidak serta merta bermaksud mereka membebaskan akal dan logik seorang mujtahid untuk melakukannya tanpa batasan yang jelas. Setidaknya ada 2 hal yang harus dipenuhi dalam proses Istihsan, ketiadaan nas yang sahih dalam masalah dan adanya sandaran yang kuat atas Istihsan tersebut.

Dan jika kita kembali menelitu pandangan ulama yang menolak Istihsan, kita dapat melihat bahawa yang mendorong mereka menolaknya adalah kerana berhati-hati dan khuatir mereka jika seorang mujtahid terjebak dalam penolakan terhadap nas dan lebih memilih hasil olahan logiknya sendiri. Dan khuatir ini telah terjawab dengan penjelasan sebelumnya, iaitu bahawa Istihsan sendiri mempunyai batasan yang harus diikuti.

4. Jenis pembahagian dan contoh Istihsan.

Ulama Hanafiah membahagi Istihsan kepada enam bahagian. Sebagaimana di jelaskan oleh al-Syatibi, iaitu:

4.1  Istihsan bil an-Nash (Istihsan berdasarkan ayat atau hadits).
Iaitu penyimpangan suatu ketentuan hukum berdasarkan ketetapan qiyas kepada ketentuan hukum yang berlawanan dengan yang ditetapkan berdasarkan nas Al-Quran dan sunnah. Contoh: dalam masalah wasiat. Menurut ketentuan umum wasiat itu tidak boleh, kerana sifat pemindahan hak milik kepada orang yang berwasiat ketika orang yang berwasiat tidak cakap lagi, iaitu setelah ia wafat. Tetapi, kaedah umum ini di dikecualikan melalui firman Allah Swt dalam Surat An-Nisa ayat 11 yang bermaksud: “Setelah mengeluarkan wasiat yang ia buat atau hutang”. Contoh Istihsan dengan sunnah Rasulullah adalah dalam kasus orang yang makan dan minum kerana lupa pada waktu ia sedang berpuasa. Menurut kaedah umum (qiyas), puasa orang ini batal kerana telah memasukan sesuatu ke dalam mulut dan tidak menahan puasanya sampai pada waktu berbuka. Akan tetapi hukum ini dikecualikan oleh hadits Nabi Saw yang mengatakan: “Siapa yang makan atau minum kerana lupa ia tidak batal puasanya, kerana hal itu merupakan rezeki yang diturunkan Allah kepadanya” (HR. At.Tirmidzi).

4.2  Istihsan bi al-Ijma (Istihsan yang didasarkan kepada ijma).
Iaitu meninggalkan keharusan menggunakan qiyas pada suatu persoalan kerana ada ijma. Hal ini terjadi kerana ada fatwa mujtahid atas suatu peristiwa yang berlawanan dengan pendapat atau kaedah umum yang ditetapkan, atau para mujtahid bersikap diam dan tidak menolak apa yang dilakukan manusia. Misalnya dalam perkara mandi umum. Menurut kaedah umum, jasa mandi umum itu harus jelas, iaitu harus berapa lama seseorang harus mandi dan berapa liter air yang dipakai. Apabila hal itu dilakukan maka akan menyusahkan bagi ramai orang. Oleh sebab itu, para ulama sepakat menyatakan bahawa boleh menggunakan jasa mandi umum sekalipun tanpa menentukan jumlah air dan lamanya waktu yang dipakai.

4.3  Istihsan bi al-Qiyas al-Khafi (Istihsan berdasarkan qiyas yang tersembunyi).
Iaitu memalingkan suatu masalah dari ketentuan hukum qiyas yang jelas kepada ketentuan qiyas yang samar, tetapi waktu sama lebih kuat dan lebih tepat untuk diamalkan. Contohnya, dalam wakaf ladang pertanian. Menurut qiyas jali, wakaf ini sama dengan jual beli kerana pemilik ladang telah menggugurkan hak miliknya dengan memindah tangankan ladang tersebut. Oleh sebab itu, hak orang lain untuk melewati tanah tersebut atau mengalirkan air ke ladang pertanian melalui tanah tersebut tidak termasuk ke dalam akad wakaf itu, kecuali jika dinyatakan dalam akad. Dan menurut qiyas al-khafi wakaf itu sama dengan akad sewa menyewa, kerana maksud dari wakaf itu adalah memanfaatkan ladang pertanian yang diwakafkan. Dengan sifat ini, maka seluruh hak melewati tanah pertanian itu atau hak mengalirkan air diatas lahan pertanian tersebut termasuk kedalam akad wakaf, sekalipun tidak dijelaskan dalam akad.

4.4  Istihsan bi al-maslahah (Istihsan berdasarkan kemaslahatan).
Iaitu beralih daripada satu hukum pada satu-satu masalah yang telah menjadi kaedah umum kepada hukuim lain kerana maslahah yang tertentu. Contoh pertama, kebolehan doktor melihat aurat wanita dalam proses pengubatan. Menurut kaedah umum seseorang dilarang melihat aurat orang lain. Tapi, dalam keadaan tertentu seseorang harus membuka bajunya untuk di periksa penyakitnya. Maka, untuk kemaslahatan orang itu, maka menurut kaedah Istihsan seorang doktor dibolehkan melihat aurat wanita yang berubat kepadanya. Contoh kedua, harus jual beli mengikut kebaikan mazhab Hanafi kerana Istihsan jika penjual mensyarat ke atas pembeli mengadai barang tertentu sebagai cagaran bagi harga bertangguh, kerana syarat ini menggunakan mendapat harga tersebut, dan ia memberi kepentingan kepada penjual, kalau mengikut dalil umum, jualbeli itu tidak sah kerana ia termasuk didalam larangan dari menjual dan mengenakan syarat.

4.5  Istihsan bi al-Urf ( Istihsan berdasarkan adat kebiasaan yang berlaku umum).
Iaitu penyelewengan hukum yang berlawanan dengan ketentuan qiyas, kerana adanya Urf yang sudah dipraktikkan dan sudah dikenal dalam kehidupan masyarakat. Contohnya upah yang dibayar kepada ibu susu turut merangkumi makan minum dan pakaian sedangkan upah mesti dimaklumi. Adatnya, kemudahan yang disediakan kepada ibu susu untuk keselesaan anak susuan akan menghilangkan ketidaktentuan upah. Contoh lain dalam fiqah mazhab Hanafi ialah prinsip umum pada wakaf hendaklah adalah ia dikekalkan. Mengikut prinsip ini tidak harus wakaf benda yang boleh dialih secara berasingan daripada wakaf benda yang tidak boleh dialih, kerana benda-benda yang boleh dialih mudah rosak dan tidak berkekalan, tetapi imam Muhammad bin Hassan telah mengharuskan wakaf benda-benda yang jadi kebiasaan orang ramai mengwakafkan dari benda-benda yang boleh dialih seperti buku-buku da seumpamanya, kerana berdasarkan kepada Istihsan yang menyalahi prinsip umum yang dipegang oleh imam Abu Hanifah sendiri

4.6  Istihsan bi al-Dharurah (Istihsan berdasarkan darurat).
Iaitu seorang mujtahid meninggalkan keharusan pemberlakuan qiyas atas sesuatu masalah kerana berhadapan dengan kondisi darurat, dan mujtahid berpegang kepada ketentuan yang mengharuskan untuk memenuhi hajat atau menolak terjadinya kemudaratan. Misalnya dalam perkara sumur yang kemasukan najis. Menurut kaedah umum sumur tersebut sulit dibersihkan dengan mengeluarkan seluruh air dari sumur tersebut, kerana sumur yang sumbernya dari mata air sulit dikeringkan. Akan tetapi ulama Hanafiah mengatakan bahawa dalam keadaan seperti ini untuk menghilangkan najis tersebut cukup dengan memasukan beberapa jumlah air kedalam sumur itu, kerana keadaan darurat menghendaki agar orang tidak mendapatkan kesulitan untuk mendapatkan air untuk ibadah.



5. Kesimpulan.

Dari huraian diatas maka penulis menyimpulkan bahawa jangan tergesa-gesa mengambil kesimpulan bahawa Abu Hanifah, Malik, dan sahabat-sahabat berIstihsan tanpa menggunakan dalil-dalil yang syara, tetapi sebenarnya mereka tidak menerangkan dalil-dalil yang telah mereka maksudkan, dan apa yang sebenarnya mereka kehendaki dengan pendapat itu. Hal ini tidaklah begitu mengherankan, kerana masa itu belum lagi terjadi masa pentakrifan istilah-istilah baru. Masa itu adalah masa ijtihad dan mereka itu diakui oleh masyarakat sebagai ahli-ahli ijtihad.

Imam Syafie salah seorang ulama yang amat keras mengkritik dan menolak pengistinbathan hukum dengan Istihsan, bahkan beliau “mengharamkannya” apabila bertentangan dengan nas. Namun ini bukan berarti membatalkan dalil pemakaian dalil hukum dengan Istihsan. Kerana setelah diteliti lebih lanjut, ternyata istihsan yang difahami Imam Syafie sangat berbeza dengan apa yang diinterpretasikan orang yang memakai dalil Istihan ini. Imam Syafie memandang bahawa orang yang berIstihsan adalah membuat sebuh hukum dengan keinginan hawa nafsu dan mencari kesenangan sahaja dalam hidup. Namun bagi Hanafiyah, Malikiyah, dan sebagian besar Istihsan bukanlah seperti apa yang digambarkan oleh Syafie. Istihsan bukanlah pengistinbathan hukum dengan hawa nafsu, akan tetapi Istihsan penetapan sebuah hukum dengan dalil, ada kalanya berdasarkan nas, ijma, qiyas yang dipalingkan, dan lainnya, dan menurut menganggap mereka Istihsan adalah cara terbaik yang lebih banyak mendatangkan kemaslahatan dan lebih menjauhkan kesulitan bagi umat.

Imam Hanafi tercatat paling banyak menggunakan Istihsan dalam beberapa fatwanya. Ia berpendapat dalam posisi istihsan ini, melakukan Istihsan lebih utama dari pada melakukan qiyas, pun pengambilan dalil yang lebih kuat diutamakan dari dalil yang lemah.

6. Rujukan

Ahmad Kamarudin, Hamzah & Mohammed Zaini Yahya. 2003. Usul Fiqh II. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin. 1997. Pengantar Usul Fiqh. Kuala Lumpur Pustaka Salam Sdn Bhd.

Haji Hassan bin Haji Ahmad & Haji Muhammad Saleh bin Haji Ahmad. Usul Fiqh & Qawaid Fiqhiyyah. Pustaka Haji Abdul Majid: Selangor.

Prof. Dr Wahbah Zuhaily. Kaedah Usul Fiqh. 2013. Pustaka Al-Ehsan: Selangor.

Saharia Haji Ismail. 2014. Perbahasan Usul Fiqh: Satu Pengenalan Awal.




No comments:

Post a Comment