Sunday, April 26, 2015

SADDU AL-ZARAI (MIRA ELMIEDA BINTI BISRI D1320114)



Bil
Isi kandungan
Halaman
1
Pengenalan
1
2
Pengertian saddu al-zarai
2.1 pengertian dari sudut bahasa
2.2 pengertian saddu
2.3 pengertian al-zarai
2.4 pengertian dari sudut istilah
2.5 pengertian konsep dalil
2
2
2
2
2
2
3.
Kehujahan
3.1 ulama yang menerima
3.2 ulama yang menolak
3
3
4
4
Jenis-jenis / pembahagian
4.1 pasti membawa kemudaratan.
4.2 dugaan kuat membawa kemudaratan
4.3 jarang membawa kemudaratan
4.4 banyak membawa kemudaratan tetapi tidak sampai tahap ghalib
4
4
5
5
6
5.
Contoh saddu al-zarai
6
6.
Isu / permasalahan
6.1 memboikot segala produk keluaran negara yang memerangi Islam
6.2 isu penggunaan nama Allah
7
7

7
7.
Kepentingan saddu al-zarai
8
8.
Syarat-syarat saddu al-zarai
9
9.
Sumber pengambilan hukum saddu al-zarai
9.1 sumber al-Quran
9.2  logik akal
9.3 fatwa ulama
9
9
11
11
10.
Kesimpulan
13

Rujukan
14


1. PENGENALAN

Ilmu usul fiqh ialah ilmu yang membahaskan tentang kaedah-kaedah yang digunakan oleh para mujtahid untuk mengeluarkan hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan muakallaf daripada dalil-dalil yang tafsili. Dalam mengeluarkan hukum syarak, para mujtahid telah berpegang kepada dua sumber hukum, iaitu sumber hukum yang disepakati dan sumber hukum yang tidak disepakati oleh para ulama.
Sumber hukum atau dalil perundangan ialah sumber pengambilan dalam menetapkan sesuatu hukum syarak, sama ada ia berasaskan sumber yang disepakati oleh ulama mujtahid ataupun sumber yang tidak disepakati oleh mereka. Sumber hukum dalam perundangan Islam secara umumnya dapat dibahagikan kepada dua bahagian.
Dalil qatiyy ialah dalil-dalil yang disepakati oleh para ulama iaitu al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Manakala dalil zanniyy iaitu dalil-dalil yang tidak disepakati di kalangan ulama. Antaranya ialah al-Istihsan, al-Masalih Mursalah, al-Istihsab,, uruf. Saddu al-zarai, qaul sahabi(fatwa sahabat).
Penulisan ini membincangkan salah satu daripada sumber hukum yang tidak disepakati di kalangan ulama iaitu saddu al-zarai. Perkara yang akan dibincangkan meliputi pengertian saddu al-zarai dari segi bahasa, istilah dan pengertian para ulama, bahagian-bahagiannya serta kehujahan saddu al-zarai dan sebagainya.


2. PENGERTIAN SADDU AL-ZARAI
2.1  Dari sudut bahasa saddu al-zarai terdiri daripada dua perkataan, iaitu saddu dan al-zarai.dari sudut bahasa kalimah saddu merupakan masdar..(Ab.Latif Muda dan Rosmawati Ali 2012:129)
2.2 Perkataan saddu beerti menutup sesuatu yang cacat atau rosak.
2.3 Sedangkan al-zarai merupakan kata benda atau isim tunggal yang bererti jalan atau wasilah dan sebab terjadinya sesuatu. Bentuk jamak dari perkataan al-zarai adalah al-dhara’i.
2.4  Dari sudut istilah ialah mencegah sesuatu perkara yang boleh membawa kearah kerosakan dan bahaya. Sebagai  contoh melihat aurat ajnabi diharamkan. Ia perlu dicegah kerana perbuatan tersebut membuka laluan kearah zina.
Menghalang perkara harus yang boleh membawa kepada perkara haram. Iaitu sesuatu perkara yang tidak dilarang di dalamnya, tetapi ia dikhuatiri akan menjurus kepada sesuatu yang tertegah jika dilakukan (Ab.Latif Muda dan Rosmawati Ali 2012:129)
2.5 Maka maksud saddu al-zarai’dalam konsep dalil perundangan mencegah atau menyekat jalan yang membawa kepada kerosakan. Perbuatan-perbuatan yang membawa kepada berlakunya kerosakan sama ada ianya haram dari segi zatnya ataupun harus. Adapun perbuatan yang haram dari segi zatnya tidak menjadi perselisihan dalam kalangan ulama dari sudut ianya dicegah daripada melakukannya.


3. KEHUJAHAN

 Para ulama yang  mengharuskan perkara-perkara yang jarang membawa kepada keburukan kerana ia member manfaat kepada manusia lebih baik dari kemudaratan. Oleh itu, seseorang harus menanam anggur selagi mana dia tidak menjualnya kepada pembuat arak. Para ulama juga bersepakat menerima saddu al-zarai dalam mengharamkan perkara-perkara yang pasti atau lebih baik mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Namun, para ulama berbeza pendapat dalam penggunaan saddu al-zarai bagi perkara-perkara yang berkemungkinan boleh membawa kepada keburukan seperti jual beli secara bertangguh.
 Para ulama mazhab maliki dan hanbali menerima saddu al-zarai dan mereka menghukum batal jual beli secara bertangguh. Para ulama mazhab Hanafi dan Syafie pula menolak saddu al-zarai dan mereka menghukumkan sah jual beli tersebut.
3.1 Ulama yang menerima
            Golongan yang menerima iaitu mazhab maliki, imam Ahmad dan Hanbali. Hujah mereka ialah sekiranya sesuatu perbuatan itu kemungkinan membawa kepada sedikit kerosakan maka ianya tidak ditegah untuk melakukanya. Perkara yang dibincangkan ialah sekiranya kemungkinan besar ia mendatangkan kemudaratan dan kerosakan sahaja yang ditegah. Ini kerana sangkaann yang kuat itu disamakan kedudukannya dengan keyakinan yang pasti. Contohnya, perkhabaran yang dibawa oleh seseorang saksi diterima sekalipun disana kemungkinan berlalunya penipuan dan pendustaan. Hukum ini disyariatkan adalah untuk merealisasikan kepentingan. Jadi konsep ini melihat kepada mudarat dan kesan baiknya. Jadi mana yang lebih utama, itu yang didahulukan.(Saharia Hj Ismail 2014 : 81)
وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًابِغَيْرِ عِلْمٍ     
Terjemahan : Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.(Ab.Latif Muda dan RosmawatiAli 2012:141)
(Surah al-An’am 6: 108)

3.2 Ulama yang menolak
            Golongan yang menolak iaitu ulama Syafie dan Zahiri. Alasan mereka ialah suatu perbuatan itu selagi mana ia diharuskan, maka ia tidak ditegah kerana terdapat kemungkinan-kemungkinan yang ianya membawa kerosakan. Kemungkinan-kemungkinan ini kadang-kadang terhasil dan kadang-kadang tidak. Jadi ianya hanya sangkaan sahaja.(Saharia Hj Ismail 2014 : 81)

4. JENIS-JENIS / PEMBAHAGIAN
Jenis-jenis saddu al-zarai terbahagi kepada:
4.1  Pasti membawa kemudaratan

                    i.              Minum arak. Ia diharamkan kerana menyebabkan hilang kewarasan akal.

                  ii.               Zina. Ia diharamkan kerana menyebabkan bercampur nasab keturunan serta merosakkan institusi kekeluargaan.

                iii.                Membuat lubang pada tempat laluan orang ramai. Ia diharamkan serta perlu dicegah kerana pasti membahayakan.

                iv.               Mencela sembahan orang kafir. Ia ditegah kerana boleh menyebabkan mereka mencela Allah.

                  v.               Sesuatu yang besar kemungkinan membawa kepada keburukan seperti menjual anggur kepada pembuat arak.
 
4.2  Dugaan kuat membawa kemudaratan

                                i.              Sewa rumah kepada pelacur. Ia ditegah kerana besar kemungkinan akan menggunakannya sebagai pusat maksiat.

                              ii.               Menjual buah anggur kepada pembuat arak.

                            iii.                Perkahwinan tahlil. Iaitu seseorang yang menggunakan akad perkahwinan dengan tujuan menghalalkan suami kembali kepada isteri yang telah diceraikan talak tiga.

                            iv.                Sesuatu yang besar kemungkinan membawa kepada keburukan seperti menjual anggur kepada pembuat arak.

4.3 Jarang membawa kemudaratan

                                i.              Gali perigi kawasan jarang dilalui orang atau di dalam kebun milik sendiri. Hal tersebut diharuskan kerana, ia bukan laluan awam.

                              ii.               Melihat kepada wanita calon isteri. Ia diharuskan untuk lebih mengenali bakal isteri.

                            iii.                Sesuatu yang jarang membawa kepada keburukan seperti menggali lubang di tempat-tempat yang jarang dilalui oleh manusia.

                            iv.                Sesuatu yang pasti membawa kepada keburukan seperti membuang bahan toksik ke sungai.
 
4.4  Banyak membawa kemudaratan tetapi tidak sampai tahap ghalib.

                                i.              Jual barang cara ansuran atau Bai’al-‘Inah. Iaitu seseorang menjual komputer secara ansuran setahun dengan harga RM 2000.00. Kemudian dia membeli balik computer yang dijualnya itu secara tunai sebelum setahun dengan harga RM 1800.00.

                              ii.               Mahar mithali atau menangguhkan bayaran mas kahwin. Menurut ulama mazhab Maliki, penangguhan bayaran mas kahwin makruh hukumnya, sekalipun ada tempoh penangguhan yang jelas dan pasti, seperti setahun atau 6 bulan. Mereka menghukumkan makruh, sama ada ia dikhuatiri akan berlaku perkahwinan tanpa mas  kahwin yang wajib untuk isteri.

                            iii.                Sesuatu yang berkemungkinan membawa kepada keburukan seperti menjual barang

                            iv.                Secara bertangguh kerana boleh mendorong kepada riba.


5. CONTOH-CONTOH SADDU AL-ZARAI
Untuk memperjelaskan berkaitan saddu al-zarai ,dapat dilihat dari contoh-contoh berikut :
        i.            Menebang dahan pokok yang meliuk di atas jalan umum ,dapat mengakibatkan timbulnya gangguan lalu lintas
.
      ii.            Wanita yang ditinggal mati suaminya, lalu berdandan sedang dia dalam keadaan iddah, maka akan mendorong pada perbuatan yang terlarang .

    iii.            Melihat aurat perempuan dilarang, untuk menyumbat jalan terjadinya perzinaan .

6. ISU / PERMASALAHAN

6.1        Memboikot segala produk keluaran negara yang memerangi Islam.

Antara perbuatan lain yang membawa kepada berlakunya saddu al-zarai ialah dengan memboikot segala produk keluaran negara-negara yang memerangi Islam. Perbuatan membeli barang yang diperlukan untuk kegunaan seharian adalah diharuskan. Namun perbuatan yng pada asalnya diharuskan ini telah ditegah apabila seringkali ia akan membawa kepada mafsadah melalui kesan buruk yang akan timbul sekiranya perbuatan ini tidak dilakukan dengan cara yang berhikmah.

6..2      Isu penggunaan nama Allah

Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa, dan lafaz Allah yang digunakan oleh orang Kristian pula merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’. Pada asalnya ia tidak salah atau harus untuk digunakan oleh orang orang bukan Islam dan “Allah” itu bermaksud Tuhan. Namun apabila dikaji dengan lebih mendalam, perkataan Allah sebenarnya tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai kitab Taurat. Taurat ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Bible ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan bukannya Allah.

7.KEPENTINGAN SADDU AL-ZARAI KEPADA UMAT ISLAM

Saddu al-zarai adalah salah satu sumber hukum yang daripada hukum zanni yang mana hukum zanni adalah merupakan salah satu hukum yang tidak disepakati oleh para ulama’, di antara hukum lain yang tidak disepakati oleh oleh para ulama’ ialah istihsan, masaleh al-mursalah, istishab, uruf dan adat fatwa sahabat, dan  juga syariat nabi-nabi terdahulu.
Manakala disini membincangkan berkaitan saddu al-zarai yang di mana saddu al-zarai adalah merupakan salah satu hukum yang tidak disepakati oleh para ulama’. Kepentingan hukum ini, iaitu saddu al-zarai bagi umat Islam adalah sangat penting kerana hukum ini dapat menjauhkan setiap individu muslim terjerumus kepada jalan kerosakan. Contoh bagi kepentingan saddu al-zarai ini ialah menjual senjata ketika berlakunya persengketaan dan fitnah dalam kalangan umat Islam. 
Sepakat para ulama’ mengatakan hukum perbuatan ini hendaklah ditegah kerana konsep saddu al-zarai yang mengharuskan berhati-hati semampu mungkin demi menghindarkan kerosakan. Selain itu, perbuatan ini adalah perbuatan yang jarang membawa kerosakan iaitu perbuatan yang berkemungkinan mendatangkan kerosakan kecil atau kebiasaanya tidak membawa ke arah maksiat tetapi membawa kepada kepentingan atau maslahah. Contohnya, melihat calon isteri menanam anggur. Oleh itu perbuatan jenis ini tidak mendatangkan kesan kerosakan. Jelasnya hukum bagi perbuatan ini diharuskan kerana masih berada dalam batasan yang diizinkan syara’.


8. SYARAT-SYARAT SADDU AL-ZARAI

Ulama menggariskan panduan yang menjadi syarat serta cirri-ciri untuk mengenali juga menentukan sesuatu itu sebagai saddu al-zarai.
a.       Perbuatan yang dibenarkan asalnya, tetapi boleh membawa kepada kerosakan, seperti mencela tuhan sembahan orang kafir. Ia perlu dicegah atau ditutup agar tidak membuka
ruang bagi orang kafir mencela Allah.

b.      Kerosakan daripada perbuatan tersebut lebih jelas berbanding kemaslahatan, contohnya menjual senjata dalam tempoh genjatan senjatan atau darurat.

c.       Kebarangkalian kerosakan daripada perbuatan sama tahap dengan kebaikan. Dimana membendung kerosakan diutamakan. Contohnya menyembur racun serangga pada waktu buah-buah telah sampai masanya untuk dipetik dan hendak dijual, kerana dibimbangi keracunan tersebut terdedah kepada kesihatan pembeli.

9. SUMBER PENGAMBILAN HUKUM SADDU AL-ZARAI
Ulama yang berpegang dengan saddu al-zarai sebagai salah satu sumber hukum dengan berdasarkan kepada dalil nas, kaedah fiqh juga logik akal. Antaranya sebagaimana berikut:
9.1 Sumber al-Quran
Firman Allah SWT
وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًابِغَيْرِ عِلْم     
Terjemahan : Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.(Ab.Latif Muda dan RosmawatiAli 2012:141)
(Surah al-An’am 6: 108)

Berdasarkan ayat di atas, mencaci tuhan atau sembahan agama lain adalah al-dhariah yang akan menimbulkan sesuatu mafsadah yang dilarang, iaitu mencaci Allah.
Hal itu juga sesuai dengan psikologi dan rasional, orang yang tuhannya dicaci besar kemungkinan akan membalas mencaci Tuhan yang diyakini oleh orang sebelumnya mencaci tuhan mereka.

Firman Allah SWT lagi :

Terjemahan : Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu katakana (kepada Muhammad): ‘Ra’ina’, tetapi katakanlah: ‘Unzurna’, dan ‘Dengarlah’.(Ab.Latif Muda dan Rosmawati Ali 2012 : 141)
(Surah al-Baqarah 2 : 104)

Pernyataan Allah dalam ayat di atas dapat difahami ada larangan terhadap sesuatu perbuatan kerana adanya kebimbangan berlaku hal negatif. Perkataan ra’ina beerti : Sudilah kiranya kamu memperhatikan kami. Semasa para sahabat menggunakan perkataan ini terhadap Rasulullah SAW, orang Yahudi turut menggunakan perkataan tersebut namun dengan niat dan maksud mengejek serta menghina baginda SAW.(Ab.Latif Muda dan Rosmawati Ali 2012 : 141).
Dimana glongan Yahudi menggunakan perkataan ra’ina yang merupakan isim fa’il daripada masdar perkataan ru’unah yang bererti : Bodoh atau Tolol. Oleh sebab itu, Allah memerintahkan para Sahabat Nabi SAW menggantikan perkataan ra’ina yang sering mereka guna dengan perkataan unzurna yang juga beerti sama dengan ra’ina. Justeru, ayat ini dijadikan dasar Saddu al-dhariah(Ab.Latif Muda dan Rosmawati Ali 2012 : 141).

8.2 Logik akal
Secara logiknya seseorang membolehkan sesuatu perbuatan, maka semestinya dia juga membolehkan segala hal yang akan membawa kepada hal tersebut. Sebaliknya, jika seseorang melarang sesuatu perbuatan, maka mestinya dia juga melarang segala hal yang boleh membawa kepada perbuatan tersebut.
8.3 Fatwa Ulama
Ulama mengelurakan hujah dan berpegang dengan sumber ini atas alasan, tidak semua perbuatan manusia berfaedah dan baik, begitu juga tidak semua perbuatan manusia tidak baik.
Namun begitu dalil Saddu al-dhariah ini digunakan atas dasar menyekat keburukan serta berhati-hati. Ini kerana ada perbuatan manusia itu yang awalnya baik dan untuk kebaikan, namun kesudahannya membawa keburukan dan kerosakan, sama ada secara sengaja atau tidak.Atas dasar ini terdapat beberapa perbuatan manusia yang diharamkan, buktinya ialah:
        i.              Orang Islam mengeluarkan senjata dan menjualkannya kepada usuh atau pemberontak yang ingin menjatuhkan kerajaan Islam. Ini kerana perbuatan tersebut menyebabkan musuh menyerang negara Islam, walaupun pada dasarnya penjualan itu demi mendapatkan wang atau sumber ekonomi. Justeru, perbuatan sebegitu mestilah dicegah dan ditutup pintu bahayanya.

      ii.               Orang yang memberitahu atau menunjukkan tempat persembunyian orang baik yang melarikan diri daripada orang zalim. Perbuatan itu menyebabkan akan membuka jalan kearah kezaliman atau membunuh jiwa tidak berdosa. Oleh itu, perbuatan dan kerosakan sebegitu mestilah dicegah dan ditutup.




    iii.                Syarak menegah seseorang itu mengahwini perempuan yang belum tamat iddahnya. Hal tersebut dilarang demi menjaga kesucian zuriat dan supaya tidak bercampur benih atau zuriat bekas suami lama dengan suami baharu.

    iv.                Tegahan menyorok dan monopoli barangan supaya harga melambung waktu terdesak. Semua itu supaya tidak menyebabkan ketiadaan barangan yang diperlukan di pasaran dan menyebabkan menindas pengguna.(Ab.Latif Muda dan Rosmawati Ali 2012 : 142-143).

Ringkasan saddu al-zarai
Apa yang dimaksudkan dengan menyekat bahaya(saddu al-zarai) mengikut al-Syatibi dalam bukunya al-Muwafaqat ialah menyekat daripada membuat sesuatu yang harus untuk menyekat daripada membuat sesuatu yang tidak harus. Jadi, perbuatan menyekati disini  bertujuan mengelakkan daripada melakukan sesuatu yang tidak baik sekalipun sesuatu yang disekat itu baik. Oleh sebab perbuatan yang baik itu dapat membawa kepada berlakunya perbuatan yang tidak baik pada akhirnya, maka ia perlulah disekat kerana perbuatan itu juga dikira sebagai merosakkan.
 

KESIMPULAN
Saddu al-zarai merupakan satu salah satu kaedah yang dibincangkan sebagai sumber dalam penetapan bagi sesuatau hukum yang tidak dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran atau hadis. Dalam menetapkan saddu al-zarai sebagai sumber hukum, ulama telah berselisih pendapat  sama ada kaedah ini diterima sebagai sumber hukum atau tidak.
 Antara ulama yang menerima saddu al-zarai sebagai sumber hukum  adalah ulama dari mazhab Maliki dan Hanbali, manakala ulama yang tidak menerima saddu al-zarai dari mazhab Syafie dan Zahiri. Setiap pandangan yang dikemukakan oleh para ulama dalam menetapkan saddu al-zarai sebagai sumber hukum atau tidak adalah bedasarkan alasan serta  kehujahan yang tesendiri.




RUJUKAN

Abd Latiif Muda dan Rosmawati Ali @ Mat Zin. 1997. Pengantar Usul Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.
Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali @ Mat Zin. 2012. Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh.
Abdul Halim E-Muhammady 1993 Perkembangan Undang-Undang Islam. Kuala Lumpur. Angkatan Belia Islam Malaysia.
Mohammad bin Arifin, Mohammad Zain bin Yahya, Afendi bin Said 2002 Pendidikan Syariah Islamiah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Saharia Hj Ismail 2014 Perbahasan Usul Fiqh. Akademi Pengajian Islam.
Wahbah Zuhaily 2013 Kaedah Usul Fiqh. Selangor. Pustaka Al Ehsan Selangor

5 comments:

  1. salam tuan ... saya mohon untuk mengambil sedikit tentang penerangan tuan berkaitan tajuk saddu zarai

    ReplyDelete
  2. Assalam, boleh tak saya mohon copy ilmu ni untuk assingment saya

    ReplyDelete
  3. Assalam, boleh tak saya mohon copy ilmu ni untuk assingment saya

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian ilmu yg sgt bermanafaat .

    ReplyDelete
  5. Caesars Palace Casino - Mapyro
    This casino is located on the Las 화성 출장마사지 Vegas Strip. Caesars Palace Casino 안동 출장마사지 Las Vegas has the 밀양 출장샵 latest 거제 출장안마 games. The location 전라남도 출장마사지 map shows the casino's location and

    ReplyDelete